My Add

Saturday 15 September 2012

Lebih RM1 bilion untuk naik taraf jalan di Sabah

KUDAT, SABTU, 15 September, 2012: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan lebih RM1 bilion bagi meningkatkan dan menaik taraf tiga jalan utama sepanjang 132.7 kilometer (km) di seluruh Sabah, bermula akhir tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, projek melibatkan kos besar di Sabah itu sedang dalam peringkat rekabentuk pelan dan tender akan dikeluarkan secara berperingkat bermula November ini.

"Ketiga-tiga jalan utama itu melibatkan Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur sepanjang 42 kilometer dengan kos RM600 juta.

"Kementerian akan menaik taraf Jalan Kota Kinabalu-Sindumin sejauh 9.2 kilometer dengan kos RM2.18 juta dan menaik taraf jalan dua lingkaran kepada empat lingkaran di Jalan Tawau-Semporna sejauh 81.5 kilometer bernilai RM430 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment