My Add

Saturday, 15 September 2012

Suhu di Mekah dijangka cecah 45 darjah celsius

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Musim haji pada tahun ini dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca panas terik apabila suhu di tanah suci diramal mencecah 45 darjah celsius.

Sehubungan itu, Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan para jemaah menjaga kesihatan dengan minum air dalam kuantiti banyak dan mendapatkan khidmat perubatan di klinik yang disediakan Tabung Haji jika menghadapi masalah kesihatan.

Menurut beliau, cuaca panas terik merupakan salah satu cabaran musim haji kali ini dan pihaknya telah membuat langkah awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

``Oleh demikian, bakal jemaah diminta untuk berehat sepenuhnya, menjaga kesihatan dan emosi serta membawa barang keperluan mencukupi sebelum berlepas ke tanah suci supaya dapat mereka bersedia untuk menumpukan ibadah haji.

``Selain itu, para jemaah diminta membetulkan niat kerana amalan haji bukan untuk melancong atau membeli-belah tetapi ia bertujuan melakukan ibadah seperti yang dituntut dalam Rukun Islam,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan haji bagi 25 petugas media di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment