My Add

Monday 17 September 2012

Penghuni pangsapuri tuntut janji air percuma

KAJANG, ISNIN, 17 September, 2012: Kira-kira 200 penghuni Pangsapuri Angsana di Sungai Long di sini, berhimpun secara aman hari ini bagi menuntut janji pemberian air percuma oleh kerajaan Selangor seperti yang dinikmati penguna meter air individu dan bukan mereka yang menggunakan meter pukal.

Rata-rata penduduk pangsapuri yang mempunyai 560 unit itu terkilan kerana mereka tidak mendapat 20 meter padu air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Penghuni Pangsapuri Angsana, Azizah Azmah.

“Kami telah serahkan memorandum dan aduan kepada Gerakan Prihatin Rakyat Selangor dan peguam di firma Guaman Kamaruddin & Partner sebab kami mahu hak kami sebagai rakyat. Kami tidak mahu ditipu lagi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment