My Add

Monday 24 September 2012

Lelaki terlibat 30 kes jenayah ditahan bersama isteri, ibu

PASIR PUTEH, ISNIN, 24 September, 2012: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam 30 kes ragut, pecah rumah dan samun di negeri ini ditahan bersama isteri dan ibunya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa semalam.

Suspek berusia 19 tahun manakala isteri dan ibunya berusia 20 dan 51 tahun ditahan di bilik menunggu lapangan terbang berkenaan petang semalam dan mereka dipercayai cuba melarikan diri ke Sarawak.

Lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang guru dan doktor di mana kedua-dua mangsa mengalami kecederaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga suspek dikehendaki polis bagi membantu siasatan beberapa kes yang berlaku di daerah ini, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment