My Add

Saturday, 1 September 2012

Ragut: 150 anggota polis mulakan rondaan



*BEBERAPA anggota polis wanita memberi penerangan mengenai panduan keselamatan dan cara menangani kes ragut kepada orang ramai di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Seramai 150 pegawai dan anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menjalankan tugas mereka di 20 pusat perniagaan utama sekitar bandar ini bagi mencegah jenayah ragut mulai hari ini.

Kesemua mereka mula menjalankan rondaan bermula pukul 10 pagi dan bergerak secara berkumpulan bagi memberi kesedaran orang ramai khususnya wanita mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelak daripada menjadi mangsa ragut.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khatijah dan pusat beli-belah Parkson di sini mendapati anggota dan pegawai terbabit meluangkan masa beberapa minit bertemu dengan golongan wanita yang membawa beg tangan ketika membeli-belah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment