My Add

Sunday 16 September 2012

Lima maut dalam nahas kereta bertembung di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, AHAD, 16 September, 2012: Lima termasuk dua pasangan suami isteri terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Sepanggar di sini, malam tadi.

Kemalangan pada jam 11.40 malam itu turut mengakibatkan tiga yang lain cedera parah.

Mangsa yang maut adalah Ramsin @ Taminsin Pahang, 50; isterinya, Siti Runi Tarawi, 55; Asan @ Hassan Jimi, 55, isterinya Saimah Jamin, 51 dan seorang lagi mangsa, Tariman Bintaman, 53.

Mereka semua maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. - BH

No comments:

Post a Comment