My Add

Sunday 16 September 2012

'Lupakan dendam kesumat'

*MUSTAPA Mohamed dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (depan, tiga dari kiri) bersama sebahagian perwakilan melaungkan gelombang merah pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Tanah Merah, semalam. - Mingguan/Rosni Masri

TANAH MERAH , SABTU,15 September, 2012: Ahli UMNO di negeri ini diminta supaya merapatkan barisan dan melupakan sengketa serta dendam kesumat untuk memberi perhatian sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, masa sudah terlalu suntuk bagi jentera parti tersebut untuk melakukan persediaan terakhir dalam tempoh enam bulan sebelum mandat pemerintahan penggal ini berakhir.

Beliau berkata, pertelagahan sesama sendiri tidak akan menguntungkan parti dan ia menjejaskan peluang untuk merampas semula negeri ini.

"Jangan ada dendam kesumat sampai kiamat, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan menganggap semua ahli UMNO sebagai keluarga, inilah kunci untuk kejayaan.

"Pertelegahan akan menjejaskan dan menghancurkan Barisan Nasional (BN), peringatan ini penting sebab kita dalam situasi yang mencabar kalau kita bersengketa dengan satu dua undi akan menjejaskan peluang kita seperti mana yang berlaku pada tahun 2004 kita tewas dua undi di satu kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan barisan kepemimpinan sayap parti itu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabanguusa dan Industri berharap semua ahli UMNO memahami dan menghayati pesanan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mensabotaj parti.

"Saya akui kita tidak boleh nyatakan semua masalah dalaman parti di negeri ini telah selesai tetapi kita sedang mengatasainya disebabkan kita mahu semua pihak supaya melupakan dendam kesumat.

"Malah sesiapa sahaja yang didapati mensabotaj parti akan dipecat serta mereta, kita sudah mendengar pesanan pemimpin kita dan mereka mempunyai keadah untuk mengatasainya.

"Pada masa sama saya berharap ahli UMNO Kelantan mendengar dan menghayati pesanan pemimpin kita dan jangan sekali-kali mempunyai perasaan hasad dengki demi kepentingan peribadi," katanya.

Katanya, BN mempunyai peluang yang cerah untuk merampas negeri ini selepas 22 tahun diperintah oleh Pas sekiranya semua ahli bersatu hati.

Tambahnya, Pas Kelantan berada dalam keadaan lemah kerana mereka gagal untuk menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment