My Add

Saturday 8 September 2012

Utusan dibenar merayu

PUTRAJAYA, JUMAAT, 07 September, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini memberi kebenaran kepada Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) untuk mengemukakan rayuan berhubung perintah supaya membayar ganti rugi RM200,000 terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kes saman fitnah.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian ketika bersidang bersama Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Wira Mohtaruddin Baki.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim Raus menyatakan, telah menjadi amalan biasa untuk mahkamah memberikan kebenaran bagi kes dirayu di mahkamah ketika pertama kali ia didengar.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyaman fitnah Utusan Melayuberhubung artikel bertajuk DEB: Guan Eng Tetap Berdegil yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 15 Mac 2008.

No comments:

Post a Comment