Turut sama dalam penerbangan sulung bersama penumpang lain itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Kuasa Usaha Kedutaan Nepal Lekha Nath Bhattarai.
Penerbangan MAS tiga kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Kathmandu itu akan berlepas dari KLIA pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, kata Pengarah Komersial MAS, Dr Hugh Noel Dunleavy.
Penerbangan ke Kathmandu akan beroperasi dengan pesawat Boeing 737-800 berkonfigurasi dua kelas yang terdiri daripada 144 tempat duduk kelas ekonomi dan 16 tempat duduk kelas perniagaan.
"Kami akan terbang tiga kali seminggu. Bagaimanapun sejajar dengan pertumbuhan pasaran, kami akan melihat kemungkinan penerbangan setiap hari," katanya kepada pemberita selepas perlepasan penerbangan sulung ke Kathmandu itu.
Beliau berkata, Kathmandu menawarkan potensi hebat untuk pengunjung serta pusat percutian yang semakin berkembang untuk semua peringkat.
Pengenalan laluan baru ke Kathmandu itu adalah selaras dengan usaha berterusan MAS untuk mengukuhkan lagi pasaran serantaunya.
MAS kini beroperasi di 47 laluan antarabangsa termasuk ke Kathmandu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment