My Add

Tuesday 4 September 2012

Mayat pencari kepah dikhuatiri lemas ditemui

KEPALA BATAS, SELASA, 04 September, 2012:: Mayat seorang pekerja kilang yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di pantai Kuala Muda semalam ditemui pagi tadi.

Mayat Amran Mohd Yusuf, 28, dari Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah ditemui pada jam 7.50 pagi, kira-kira 200 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui sekumpulan nelayan yang terlihat sesuatu objek tersangkut di tebing pasir di situ.

"Mayat yang diseliputi lumpur itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas.

"Ia berlaku ketika mangsa bersama kembarnya dan dua rakan mereka mencari kepah di pantai berkenaan. Mangsa dipercayai dihanyut ombak besar," katanya di sini, hari ini.

Kembarnya, beserta dua rakan mereka sempat diselamat nelayan dalam kejadian 11 pagi itu.

Bapa mangsa Mohd Yusuf Ahmad, 54, berkata walaupun sedih dengan kehilangan anak keduanya itu, beliau tetap bersyukur kerana mayat Amran berjaya ditemui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment