My Add

Saturday 1 September 2012

Meja bulat bincang isu GLC

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Persidangan Meja Bulat Syarikat-syarikat Milik Kerajaan (GLC): Agenda Baru Ekonomi Bumiputera akan diadakan di ibu negara, Isnin ini.

Pengerusi persidangan berkenaan, Datuk Syed Hussein Alhabshee berkata, penganjuran oleh Yayasan Kajian dan Pembangunan (YKPD) itu bertujuan membincangkan hala tuju dan pegangan ekuiti bumiputera sekiranya 30 syarikat GLC dijual oleh kerajaan melalui Khazanah Malaysia.

"Perbincangan akan dibentangkan oleh lima panel terpilih terlebih dahulu sebelum persidangan diteruskan dengan pandangan dan idea daripada perwakilan-perwakilan yang dijemput hadir pada hari berkenaan," katanya.

Beliau berkata, persidangan itu adalah platform terbaik dalam mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan kerana ia dibincang mengikut ruang lingkup dan landasan yang betul.

Menurut Syed Hussien, seramai 100 peserta akan terlibat dalam persidangan tersebut bagi memastikan kualiti dan matlamat perbincangan dapat dirumuskan dengan berkesan.

"Rumusan persidangan akan disampaikan terus kepada Perdana Menteri agar segala pendapat dapat diutarakan dan perkara berkenaan boleh diselesaikan dengan baik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment