My Add

Saturday 1 September 2012

Pemuda UMNO hantar hadiah untuk Siti Norzana



*MUHD. Khairun Aseh (tengah) bersama Nordi Adi (kanan) menunjukkan gambar Siti Norzana yang kini berada di Lampung, Indonesia, semalam. Turut memerhati tiga anak Nordi, Nurul Safiza Fitri (dua dari kiri), Muhammad Nurhan dan Nurmasyita Amiera (kanan)

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2O12: Ulang tahun ke-12 Siti Norzana Nordi yang terkandas di Lampung, Indonesia hari ini akibat masalah keluarga, pastinya menjadi yang paling istimewa dan tidak dapat dilupakan oleh kanak-kanak itu.

Ini kerana dalam usaha membawanya pulang ke tanah air selepas dia dilaporkan telah dijual kepada keluarga angkat di negara jiran, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO tidak lupa untuk mengutuskan beberapa hadiah istimewa kepadanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, hadiah tersebut dibawa oleh wakil biro tersebut yang berlepas ke Lampung pagi ini untuk berbincang dengan keluarga angkat kanak-kanak itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment