My Add

Sunday 23 September 2012

Najib lancar projek pertama PR1MA 29 September

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) khusus bagi golongan berpendapatan sederhana di Seremban, Negeri Sembilan pada 29 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, ia merupakan projek pertama kelolaan Unit PR1MA dengan mengguna pakai Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.

Menurutnya, projek yang akan dilaksanakan itu berbeza dengan projek pembinaan 42,000 unit rumah di Presint 11, Putrajaya apabila ia melibatkan PR1MA dan pihak swasta.

''Projek perumahan yang akan dilancarkan di Seremban nanti adalah projek pertama Unit PR1MA selepas akta berkenaan diluluskan di Parlimen. Kita juga akan melancarkan pendaftaran PR1MA secara menyeluruh melalui laman web sebelum akhir tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment