My Add

Sunday 2 September 2012

Palanivel tidak bertanding di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 SeptEMBER, 2012: Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menafikan laporan media bahawa beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum akan datang.

"Keutamaan kami ialah untuk memenangi semua kerusi (di mana parti bertanding) tidak kira apa yang berlaku, dan mereka yang dipilih mestilah calon yang diyakini boleh menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengetua Sekolah Tamil di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Palanivel tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zainal Abidin Ahmad di Hulu Selangor dengan jumlah undi 198 selepas menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990.

Spekulasi bahawa Palanivel akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tersebar luas dalam akhbar berbahasa Tamil sejak beliau mengambil alih jawatan presiden MIC pada Disember 2010. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment