My Add

Sunday 23 September 2012

Pas Johor sokong Nik Aziz

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Pas Johor menyarankan satu khutbah khas membantah penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Majlis Agama Islam negeri-negeri.

Selain itu, Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya turut menyokong gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar umat Islam negara ini memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi.

‘‘Saya menyokong sepenuhnya saranan Nik Abdul Aziz supaya umat Islam negara ini memboikot barangan buatan AS dan Yahudi,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memboikot barangan keluaran AS dan Yahudi seperti mana disiarkan di sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment