My Add

Friday 7 September 2012

Seorang lagi wanita peserta perhimpunan serah diri

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 2012: Seorang lagi wanita menyerah diri semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjan Kuala Lumpur berhubung dengan siasatan kes memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara dan membawa bendera “Sang Saka Malaya” pada perhimpunan “Janji Demokrasi” 30 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita berumur 21 tahun itu menyerah diri pada pukul 10 malam tadi di IPK Kuala Lumpur.

Polis telah membebaskan wanita itu dengan ikat jamin setelah merakam percakapannya, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini seramai empat daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan oleh media, telah dikenalpasti dan dirakam percakapan serta dibebaskan dengan ikat jamin.

Sementara sebanyak 238 laporan polis telah diterima berhubung kejadian tersebut, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment