My Add

Friday 14 September 2012

Pemantau budaya 'cah keting'

KOTA BHARU, JUMAAT, 14 September, 2012: Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan pasukan pemantau bebas di bahagian-bahagian yang mempunyai kecenderungan dan sejarah sabotaj atau `cah keting' sehingga mengakibatkan kekalahan kepada parti.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan pasukan pemantau tersebut bertujuan mengesan lebih awal individu yang berpotensi untuk mensabotaj parti supaya mereka tidak terus menjadi 'duri dalam daging'.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang terlibat dalam aktiviti sabotaj atau `cah keting' akan dipecat serta-merta sekiranya mendapat bukti yang kukuh daripada pasukan pemantau tersebut.

"Rakyat sudah menyokong dan mendokong, dan ada peluang untuk menang, yang penting sekali ialah kita dalam bahagian tidak akan buat sesuatu yg boleh membawa kesan negatif atau yang boleh bawa kekalahan, sama ada 'cah keting' ke dalam bahasa biasa sabotaj.

"Kita akan lantik pemantau-pemantau yang tiada siapa tahu, yang bebas dan dipercayai pada mana-mana bahagian yang ada kecenderungan itu, tetapi bukan semua tempatlah, yang ada kecenderungan atau ada sejarah.

"Tempat yang sepatutnya boleh menang, kalah kerana sabotaj. Kita ada rekod, saya nak bagi tahu bukan sahaja UMNO tetapi BN, kalau ada berlaku kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment