My Add

Saturday 15 September 2012

Singapura, Taiwan minat melabur di Pengerang

NUSAJAYA, JUMAAT, 14 September, 2012: Dua syarikat antarabangsa, masing-masing dari Singapura dan Taiwan berminat untuk melabur dalam projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Bhd. (JPDC), Mohd. Yazid Ja'afar berkata, kedua-dua pihak kini sedang giat menjalankan kajian di kawasan terlibat.

Menurutnya, projek pembangunan bagi kedua-dua syarikat tersebut bakal melibatkan tanah seluas 2,000 hingga 2,400 hektar.

"Pada masa ini, kedua-dua syarikat berminat sedang giat menjalankan kajian dan siasatan di kawasan terlibat sebelum membuat keputusan sama ada mahu melabur atau tidak dan langkah-langkah lain yang perlu dibuat.

"Kajian itu pada kebiasaannya akan mengambil masa selama setahun," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini projek pembangunan PIPC di Kota Iskandar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment