My Add

Sunday 16 September 2012

Perhimpunan Agung Veconac tumpu isu bela bekas tentera

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Perhimpunan Agung Gabungan Veteran Tentera Negara-Negara ASEAN (Veconac) Ke-14 yang kini berlangsung di ibu negara dijangka akan membincangkan isu-isu semasa termasuk aspek sosial dan ekonomi bagi memperkasakan golongan bekas tentera.

Sekretariat Publisiti dan Penajaannya, Datuk Roslee Jaamat berkata, menjadi tanggungjawab Veconac untuk memperjuangkan nasib bekas tentera supaya mereka terus terbela serta diberikan perhatian oleh pihak berwajib dalam kalangan negara anggota.

Katanya, antara topik yang mendapat perhatian pertubuhan tersebut adalah berkaitan kesihatan, kesejahteraan dan sosio ekonomi bekas tentera serta veteran perang di negara-negara anggota.

"Selain itu, Veconac juga berperanan memastikan kesinambungan kepentingan bersama bekas atau veteran tentera serta mangsa perang di negara anggota diteruskan berpandu kepada norma-norma keharmonian seperti dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment