My Add

Wednesday 5 September 2012

Peserta Janji Bersih gagal beri kerjasama

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 2012: Pihak polis telah mula mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan pelbagai kesalahan semasa menyertai perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, tindakan terpaksa diambil memandangkan mereka gagal memanfaatkan peluang yang diberi oleh polis.

''Peluang sudah diberi, mereka masih berdegil dan polis terus bertindak. Tangkapan telah dibuat pagi tadi.

''Oleh kerana mereka yang terlibat gagal tampil bekerjasama dengan pihak berkuasa, maka tindakan akan segera diambil tanpa merujuk kepada mereka lagi," katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Beliau mengulas tentang tindakan susulan yang diambil selepas pihak polis mengedarkan 11 keping gambar menunjukkan beberapa peserta perhimpunan Janji Bersih yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment