My Add

Thursday 6 September 2012

Polis buru 8 lagi peserta perhimpunan di Dataran Merdeka


*TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (dua dari kiri) bersama Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid memotong kek sambil disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (kiri sekali) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak pada majlis Rumah Terbuka PDRM di pekarangan tempat letak kereta di Pasar Seni, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Nik Hariff Hassan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012:: Polis memburu lapan lagi peserta Himpunan Janji Demokrasi dan mengarahkan mereka untuk menyerah diri bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, sekiranya gagal hadir ke balai polis bagi menyerah diri, polis akan mencari lapan indvidu terbabit.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Setakat malam tadi, empat peserta Himpunan Janji Demokrasi sudah ditahan mengikut Seksyen4(1)(a) Akta Hasutan serta Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan.

Mereka yang ditahan dan diburu susulan pembabitan memijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan bendera "baru" pada perhimpunan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu. - BH

No comments:

Post a Comment