My Add

Thursday 6 September 2012

Polis sangkal i bertindak berat sebelah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012:: Polis hari ini menafikan bertindak secara berat sebelah dan lepas tangan terhadap mereka yang memijak gambar pemimpin negara sebaliknya tiada tindakan dalam insiden sama membabitkan pemimpin pembangkang.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata tindakan tetap akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya ada laporan polis dibuat.
Beliau berkata, merujuk kepada kes membabitkan pemimpin pembangkang, tiada rekod menunjukkan laporan polis dibuat.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 kanun yang sama atas kesalahan mendatangkan aib melalui syarat atau benda terhadap individu," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di Pasar Seni, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Akta Hasutan 1948 yang diguna pakai bagi menyiasat individu yang memperkenalkan dan mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' semasa perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka baru-baru ini, masih relevan.

Mohmad berkata, polis masih mempunyai hak terhadap akta tersebut untuk menguatkuasakan undang-undang negara.

"Akta itu masih boleh digunakan. Setakat ini, Akta Hasutan belum lagi dihapuskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan polis menggunakan Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 terhadap individu yang berniat menggantikan Jalur Gemilang ketika perhimpunan itu. - BH

No comments:

Post a Comment