My Add

Thursday 6 September 2012

Samad Said, Maria Chin tampil beri keterangan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Datuk A Samad Said dan Maria Chin Abdullah, dua daripada lima individu yang dipercayai penganjur Himpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu, selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua individu terbabit tiba jam 3 petang tadi dan memberi keterangan polis selama kira-kira 40 minit.

Ia dipercayai bagi membantu siasatan kes perhimpunan yang diadakan pada sebelah malam menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55 di Dataran Merdeka, bulan lalu.

Selain dua individu terbabit, tiga lagi yang dilaporkan ialah Mat Sabu, Hishamuddin Rais dan Tian Chua, turut menerima notis 111 Kanun Acara Jenayah untuk hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan. - BH

No comments:

Post a Comment