My Add

Friday 7 September 2012

Polis serah laporan siasatan penuh Himpunan Janji Demokrasi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 20122: Polis akan menghantar laporan siasatan penuh berhubung tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi pada sambutan Ambang Merdeka malam Khamis lepas kepada Pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Aziz Zakaria berkata, laporan itu merangkumi tindakan peserta perhimpunan yang membawa bendera ”Sang Saka Malaya”, memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara.

"Laporan penuh itu dihantar untuk tindakan selanjutnya oleh Pejabat Peguam Negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga berkata, tiga lagi penganjur bersama perhimpunan itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan selepas dua penganjur utama memberi keterangan hari ini.

Katanya, mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dan Hishamuddin Md. Rais.

"Polis telah menghantar notis kepada mereka mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah, dan mereka juga telah bersetuju untuk hadir memberi keterangan kerana didakwa menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, namun tarikh sebenar belum diputuskan,” katanya.

Semalam, polis merakam percakapan Maria Chin Abdullah dan Sasterawan Negara, A. Samad Said di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment