My Add

Saturday 15 September 2012

Presiden Mesir kecam video hina Islam

ROM, SABTU, 15 September, 2012: Presiden Mesir, Mohamed Morsi semalam, mengecam penerbitan filem yang mencetuskan bantahan seluruh umat Islam di dunia sebagai ‘pencerobohan’ kepada Islam yang hanya mengalihkan perhatian dari masalah sebenar di Timur Tengah.

“Kita tidak boleh menerima pencerobohan jenis ini dan cubaan untuk menyemai perpecahan.

“ Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini hanya membuahkan kelakuan yang tidak baik dan menarik perhatian dari masalah sebenar seperti konflik di Syria, nasib rakyat Palestin dan kekurangan kestabilan di Timur Tengah," kata Morsi semasa lawatan ke Rom.

Katanya, masyarakat Mesir menolak dan menentang sebarang percubaan jahat untuk menghina nabi Muhammad S.A.W malah Amerika Syarikat juga menolak tindakan itu. - AFP.

No comments:

Post a Comment