My Add

Friday 21 September 2012

Proaspirasi kuasai lima IPTA

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, kKHAMIS, 20 September, 2012: Kumpulan proaspirasi menguasai lima kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 hari ini.

Institusi tersebut ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam keputusan itu, kumpulan proaspirasi menang mudah di UTHM selepas memenangi 26 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan.

Selain itu, seramai 22 calon daripada 36 kerusi menang tanpa bertanding pada pemilihan MPP UUM selepas proses penamaan calon selesai dijalankan di universiti tersebut dan dipercayai calon-calon tersebut daripada kumpulan proaspirasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment