My Add

Monday 24 September 2012


Produk francais negara laris di Indonesia

MEDAN, AHAD, 23 September, 2012: Indonesia akan terus menjadi tumpuan utama dalam usaha memperluaskan pasaran produk francais Malaysia pada masa depan.

Keutamaan itu jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berikutan produk francais Malaysia yang sudah dibawa masuk ke negara itu selama ini mendapat sambutan luar biasa.

Untuk rekod, Ismail Sabri berkata, terdapat 20 jenama dan 59 buah kedai yang menjual produk francais keluaran Malaysia di beberapa wilayah di Indonesia.

Beliau yang berada di sini sempena ekspo Info Francais dan Konsep Perniagaan (IFBC) anjuran Persatuan Francais Indonesia yang berlangsung selama dua hari yang berakhir hari ini berkata, Medan merupakan destinasi paling ideal yang perlu diteroka oleh pengusaha Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment