SIBU, AHAD, 16 September, 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata rakyat tidak perlu menjadikan sebagai isu berhubung kuasa autonomi Sarawak ke atas kawasan tertentu atau perjanjian mengenai kemerdekaannya menerusi Malaysia.
Ini adalah kerana kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah mempunyai persefahaman yang amat baik mengenai perkara itu, katanya.
Malah, selepas Sarawak memperoleh kemerdekaannya menerusi Malaysia, ia telah mengalami perubahan pesat, kata Perdana Menteri.
"Kita akan membantunya mencapai lebih banyak lagi (kemajuan dan pembangunan) kerana kita mempunyai kerjasama yang telah membuahkan hasil yang amat efektif selama ini,” katanya pada majlis Aidilfitri kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka di perkarangan Masjid An-Nur, di sini.
Kira-kira 10,000 orang menghadiri majlis itu, yang turut dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, dan wakil rakyat Nangka Dr Annuar Rapaee. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment