My Add

Sunday 16 September 2012

UMNO Gombak perlu rampas kembali kerusi Parlimen, DUN

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012: UMNO Bahagian Gombak perlu merapatkan barisan dan terus bekerja keras bagi merampas kembali Selangor yang kini ditadbir kerajaan pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, perpaduan itu turut penting bagi memastikan Parlimen Gombak dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya dirampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita perlu pastikan 38,000 ahli UMNO di Gombak bersatu selain mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan Parlimen Gombak kembali kepada Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gombak kali ke-18 di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment