My Add

Sunday 2 September 2012

Siapa harus bertanggungjawab?

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 01 September, 2012: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu tahu pihak yang sebenarnya bertanggungjawab dalam isu membabitkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jika ia dikatakan bukan terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, dalam pengetahuan pihaknya, hanya SSM agensi yang diwujudkan oleh kerajaan untuk menangani isu-isu membabitkan syarikat-syarikat dalam negara.

“JMM tidak pasti jika terdapat dua, tiga atau lebih agensi yang wujud untuk rakyat atau pertubuhan bukan kerajaan membuat sebarang pandangan serta laporan terhadap kesalahan undang-undang yang membabitkan syarikat.

“Jika isu membabitkan dana Suaram juga bukan di bawah bidang kuasa SSM, perkara ini perlu dijelaskan sebaik-baiknya kerana sudah tentu rakyat mahu mengetahui pihak mana dipertanggungjawabkan untuk bertindak secara proaktif bagi menangani isu seumpama ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment