My Add

Sunday, 2 September 2012

Tanggungjawab SUK - Khalid Ibrahim

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM, sabtu, 01 September, 2012: Setelah dikecam pelbagai pihak kerana mengetepikan Sultan Selangor dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengalihkan isu tersebut dengan mengatakan ia adalah tanggungjawab Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menteri Besar itu berkata, penganjuran sambutan berkenaan bukan dikendalikan oleh pejabatnya, sebaliknya ia diuruskan oleh Pejabat SUK melalui satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi mempertahankan tindakan kerajaan negeri tidak menjemput dan memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai majlis sambutan tersebut kerana ia satu amalan yang dilaksanakan sejak 2007.

"Program merayakan ambang kemerdekaan (peringkat negeri Selangor) bukan dibuat oleh Pejabat Menteri Besar, tetapi pejabat SUK. Mereka mempunyai pengalaman dalam mengendalikan majlis sambutan itu sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment