My Add

Saturday 15 September 2012

Taktik seludup dadah antarabangsa terbongkar



*NOOR Rashid Ibrahim (kanan) dan Mohd. Faisal Yahya menunjukkan pasir yang menyerap cecair dadah jenis syabu dalam tong plastik pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 September, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kejayaan besar apabila membongkar satu kegiatan penyeludupan dadah antarabangsa didalangi warga Iran yang menggunakan taktik mencampurkan cecair dadah jenis syabu di dalam pasir.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sebuah kilang perindustrian Puchong dekat sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek lelaki warga Iran berusia 31 hingga 36 tahun dan merampas 13 tong disyaki berisi cecair syabu dan pasir seberat 861 kilogram yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment