My Add

Wednesday 26 September 2012

Tingkat kemahiran demi kerjaya
 *SEBAHAGIAN daripada graduan bersorak kegembiraan selepas Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Ke-11 di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA, SELASA, 25 September, 2012: Graduan Kolej RISDA perlu mengambil inisiatif meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing untuk perkembangan kerjaya di masa depan biar pun sudah tamat pengajian.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu dapat memberi kelebihan kepada graduan untuk bersaing apabila memasuki alam pekerjaan.

Pada masa sama, kata beliau, ia selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara yang memerlukan tenaga kerja berdaya saing, kreatif, berinovasi dan integriti.

“Selepas tamat belajar, kamu akan menempuh satu suasana baru di alam pekerjaan yang penuh cabaran dan persaingan selain ada yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment