My Add

Thursday 1 August 2013

24 pendatang asing lemas di Turki

ANKARA, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Seramai 24 orang lemas awal pagi semalam apabila sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin karam apabila cuba mendarat ke perairan barat negara ini, lapor media tempatan.

Kapten bot memberitahu pengawal pantai, terdapat 30 orang penumpang di dalam bot berkenaan sebelum terputus hubungan.

Pengawal pantai berjaya menemukan 24 mayat dan menyelamatkan 12 pendatang tanpa izin yang lain tanpa diketahui warganegara mereka. Operasi pencarian mangsa masih giat dilakukan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment