My Add

Thursday 1 August 2013

Boon Huat disemadi Isnin ini

Oleh AZRAI MOHAMMAD

PETALING JAYA, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Mayat pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Semabok, Melaka selepas selesai bedah siasat hari ini sebelum disemadikan pada Isnin ini.

Mayatnya dibawa masuk untuk bedah siasat di bilik Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Yang turut hadir melawat ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong serta ahli keluarga dan rakan-rakan sepasukannya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment