My Add

Thursday 29 August 2013

Adik Assad dalang senjata kimia - Israel

 *KAPAL pengangkut pesawat Charles de Gaulle milik Perancis yang dikuasakan tenaga nuklear, dilihat di Pelabuhan Toulon, di Laut Mediterranean, semalam. Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, pihaknya bersedia 'menghukum' dalang serangan gas saraf di Syria. - REUTERS
LONDON, RABU, 28 Ogos, 2013: Sebuah saluran televisyen Israel mendakwa, adik kepada Presiden Bashar al-Assad menjadi dalang dalam serangan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria termasuk kanak-kanak, baru-baru ini.

Maher al-Assad, komander kepada 10,000 tentera Pengawal Republikan dan Divisyen Armor Keempat Syria merupakan tokoh utama dalam perang saudara di negara itu sejak dua setengah tahun lalu.

Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang ditakuti dalam kerajaan Syria dan tidak muncul di khalayak umum sejak lebih setahun lalu.

Malah, Maher pernah dilaporkan menembak penunjuk perasaan tanpa senjata semasa kebangkitan rakyat yang bermula pada 2011.

Laporan berita The Channel 2 mendakwa, serangan itu telah dilancarkan dari pangkalan Divisyen Armor Keempat Syria di selatan Damsyik.

Bagaimanapun, Syria dengan tegas menafikan penggunaan gas saraf dalam serangan itu.

Dalam perkembangan berasingan, Presiden Perancis, Francois Hollande semalam berikrar untuk ‘menghukum’ kerajaan Syria yang menjadi suspek utama serangan kimia di Damsyik dan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada kumpulan penentang kerajaan.

“Perancis telah bersedia untuk menghukum mereka yang membuat keputusan dengan menggunakan senjata kimia terhadap mangsa yang tidak bersalah,’’ katanya dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen negara ini sambil menuding jari kepada Assad.

Hollande pada Khamis ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan utama penentang kerajaan yang menyalahkan kerajaan Syria dalam serangan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, sebarang tindakan ke atas Damsyik akan dirancang bagi menghalang penggunaan senjata kimia bukan sahaja di Syria, tetapi di seluruh dunia.

Selepas mengumumkan Parlimen Britain akan dipanggil semula esok bagi membincangkan tentang sebarang tindakan kemungkinan, Cameron menyifatkan penggunaan senjata kimia sebagai ‘tidak dapat dimaafkan dari segi moral’.- AFP/AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment