My Add

Thursday 29 August 2013

MBSB patuhi syarat baharu BNM

PETALING JAYA, RABU, 28 Ogos, 2013: Malaysia Building Society Berhad (MBSB) sentiasa memastikan pihaknya mematuhi garis panduan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) bagi pinjaman perumahan dan peribadi.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman, ia adalah tanggungjawab sebagai sebuah institusi kewangan untuk mengikuti peraturan yang telah dikeluarkan.

"Pihak kami menyokong sektor hartanah dan projek kerajaan yang bakal dilaksanakan di negeri ini," katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MBSB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi MBSB, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Dalam majlis tersebut, MBSB telah mengambil kesempatan itu untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan korporat mereka dan media jemputan.

Tetamu dijamu pelbagai juadah seperti ketupat, lemang dan kuih-muih selain dihiburkan dengan lagu-lagu raya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment