My Add

Thursday 1 August 2013

Boon Huat nadi pasukan hoki Malaysia - Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Presiden Kofenderasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan mendiang Chua Boon Huat sebagai nadi penting kepada pasukan hoki kebangsaan.

Baginda bertitah, ini kerana pemain hoki kebangsaan itu berpengalaman luas dalam skuad negara selain mempunyai semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk membantu pasukannya dalam memenangi setiap kejohanan yang ditandingi.

"Kita berharap keluarga mendiang bersabar dengan pemergian mendiang dan negara akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan mendiang.

"Saya lihat sudah tentu pemain skuad hoki kebangsaan akan meneruskan perjuangan pada kejohanan Piala Asia bagi memperingati mendiang Boon Huat," titah baginda kepada pemberita selepas menziarahi jenazah mendiang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.25 awal pagi tadi, mendiang yang memandu kereta jenis Proton Perdana dipercayai telah terlanggar sebuah lori tangki air di Lebuh Raya Damansara-Puchong.

Boon Huat yang mengalami kecederaan parah di kepala dan leher meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke PPUM untuk bedah siasat. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment