My Add

Thursday 1 August 2013

Menteri nafi pembedahan Sanjeevan sengaja dilambatkan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini menafikan perbuatan sengaja melambat-lambatkan atau cuba melambat-lambatkan pembedahan bagi mengeluarkan peluru di tubuh R. Sri Sanjeevan, pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, yang ditembak, Sabtu lepas.

Beliau berkata ketika ini peluru itu tidak memberi sebarang masalah dan perkara yang lebih penting untuk dilakukan sekarang ialah menstabilkan keadaan Sanjeevan.

"Pembedahan tidak dilakukan kerana masalah akut yang dihadapinya sekarang bukan diakibat peluru itu, tetapi kerana keadaan tubuhnya yang boleh mengancam nyawanya," kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan pencapaian terkini Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) mengenai penjagaan kesihatan di sini.

Dr. Subramaniam berkata, keputusan itu semata-mata berdasarkan prosedur perubatan dan sebaik sahaja keadaan Sanjeevan bertambah baik, doktor akan melakukan pembedahan.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun cedera parah akibat dtembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka, dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Serdang selepas dipindahkan daripada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment