My Add

Thursday 1 August 2013

DAP diarah adakan pemilihan semula CEC

KUALA LUMPUR, RABU,  31 Julai, 2013: Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu petang semalam.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila beliau memberitahu, ROS dalam surat berkenaan menyatakan pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.

Bagaimanapun Guan Eng dalam reaksi segera terhadap arahan itu menyifatkan tindakan ROS sebagai tidak adil kerana dakwanya, badan tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengapa pemilihan semula CEC perlu dilakukan.

Kenyataan itu bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini, iaitu tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak, khususnya ahli DAP agar pemilihan CEC diadakan semula selagi tidak mendapat surat rasmi daripada ROS.

"ROS hanya menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP tanpa memberi alasan serta sebab mengapa (pemilihan CEC perlu dibuat semula) sedangkan parti DAP telah memberikan kerjasama penuh.

"Semua dokumen sokongan juga diberikan bagi membuktikan pemilihan parti pada Disember lalu dijalankan dengan betul, mengikut undang-undang dan demokrasi," dakwanya sebagaimana dipetik dari portal Free Malaysia Today hari ini.

Sebelum ini, ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan DAP dibatalkan berikutan dakwaan berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Skandal penyelewengan tersebut kemudian didedahkan Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report tetapi meskipun pendedahan tersebut menjejas kredibiliti DAP, tiada penafian dibuat pemimpin tertinggi parti itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment