My Add

Thursday 1 August 2013

Si Empat Mata jadi buruan

 * SI EMPAT MATA kini jadi buruan polis.
KUALA LUMPUR, RABU, 3 Julai, 2013: Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu.

Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam. - KOSMO! 

No comments:

Post a Comment