My Add

Wednesday 28 August 2013

DUN Kedah lulus enakmen banteras fahaman Syiah

ALOR SETAR, RABU, 28 Ogos, 2013: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan diijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri ini.

Keputusan itu dibuat menerusi undian pada hari ketiga Persidangan DUN Kedah Ke-13 di sini semalam setelah pihak pembangkang secara prinsip tidak setuju dengan pindaan enakmen tersebut.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, dalam undian berbelah bahagi yang difahamkan kali pertama dalam DUN Kedah itu, sebanyak 21 wakil rakyat menyokong usul supaya enakmen tersebut diluluskan manakala sembilan membantah, empat berkecuali dan dua orang tidak mengundi.

"Maka isu Syiah telah diselesaikan di peringkat DUN Kedah kerana sekarang kita mempunyai enakmen membenarkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang semata-mata diwujudkan untuk membanteras penyebaran fahaman Syiah," katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Kedah malam tadi.

Persidangan selama tiga hari berakhir pukul 10.45 malam itu merupakan ujian pertama dihadapi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment