My Add

Wednesday 28 August 2013

Op Cantas: Polis Johor buru 10 penjenayah

Oleh IFQDAR RAHMAN

JOHOR BAHRU, RABU, 28 Ogos, 2013: Polis Johor memburu 10 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh, cubaan membunuh dan samun yang masih berleluasa serta aktif di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 45 tahun diburu dalam usaha pihaknya membersihkan saki-baki penjenayah menerusi Op Cantas Khas yang dilancarkan pada 17 Ogos lalu.

Beliau berkata, mereka yang dicari ialah R. Poobalan, 24, yang beralamat akhir di Jalan Camar 14, Taman Perling; F. Prem, 26, dari Sri Larkin; S. Sugumaran, 34, dari Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak; D. Selvam, 35, dari Taman Johor Jaya serta S. Subramaniam (umur tidak disertakan) dari Taman Gunung Emas, Ulu Tiram, di sini.

Turut diburu ialah R. Raj Selvanathan, 25, dan R. Vadiveloo, 29, dari Segamat; A.S. Devid Dass, 30, dari Gunung Rapat, Ipoh, Perak serta M. Kesavam, 34, dan K. Nadesan, 45, dari Sungai Petani, Kedah.

"Mereka ini amat berbahaya dan saya meminta sesiapa yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran. Kami memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment