My Add

Thursday 1 August 2013

DUN Kuala Berang, Hulu Besut kekal milik BN

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangannya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang dan Hulu Besut selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang dikemukakan oleh pihak Pas.

Kedua-dua petisyen itu dibuat atas alasan konon wujudnya elemen rasuah dalam Pilihan Raya Umum lalu namun mahkamah yang mendengar bantahan awal itu bagaimanapun mendapati ia tidak mempunyai asas yang kukuh.

Mahkamah turut memutuskan kedua-dua pempetisyen membayar kos RM50,000 kepada setiap responden yang dinamakan.

Dengan keputusan itu, BN terus memerintah Terengganu kekal dengan 17 kerusi manakala Pas sebanyak 15 kerusi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment