My Add

Thursday 1 August 2013

Guan Eng dicabar pilih semula CEC

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baharu dan tidak terus bersikap angkuh dengan membelakangi suara akar umbi parti itu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, Guan Eng tidak perlu bersikap pasif sedangkan Pengerusi, Karpal Singh pernah menyatakan 'nasib kita berada di tangan kita sendiri'.

"Apa yang jelas ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini sedang berusaha 'mendandan' anaknya, Guan Eng menjadi 'Putera DAP' yang kuat.

"Mereka takut legasi Dinasti Lim dalam parti itu tergugat, jadi mereka cipta pelbagai alasan, sedangkan Microsoft Excel dipersalahkan kerana terdapat salah kira undi, mengapa tidak pernah ada sebarang penjelasan?" Soalnya ketika dihubungi di sini hari ini.

DAP telah menerima surat rasmi daripada ROS hari ini yang menuntut parti tersebut untuk mengadakan pemilihan CEC baharu parti.

Dalam surat satu perenggan bertarikh semalam, ROS mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak DAP atas kesilapan pengiraan undian pada pemilihan parti Disember lepas.

Mengulas lanjut, jelas Tuan Tat, keadaan dalam DAP sudah semakin huru-hara kerana isu pemilihan semula CEC, justeru Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu tersebut.

"Jangan jadikan sesiapa kambing hitam termasuk bekas Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong, Guan Eng perlu menyalahkan dirinya kerana tidak telus dalam pemilihan sebelum ini," tegasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment