My Add

Thursday 1 August 2013

Guna isu hak asasi manusia untuk tarik perhatian NGO

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Bagi menjadikan Syiah sebagai mazhab yang sah untuk diamalkan di negara ini, pengikut fahaman Syiah sanggup mendakwa hak kebebasan beragama mereka telah dicabul bertujuan menarik perhatian dan pembelaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka juga dikatakan sedang berusaha mendapatkan perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengikut peruntukan hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

NGO utama yang disasarkan mereka adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Sumber memberitahu, pengikut Syiah turut mendapat sokongan daripada wakil kedutaan Iran yang hadir dalam pertemuan bersama NGO terbabit.

Difahamkan mereka telah bertemu dengan Suhakam pada 27 Disember 2010 dan sekali lagi pada 14 Februari 2011.

"Mereka juga telah mengadakan perbincangan dengan Shura pada 14 Jun 2011 dan PUM pada akhir Januari 2011.

"Pertemuan ini diadakan bertujuan mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada NGO terbabit," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas tentang sokongan daripada NGO berkenaan, sumber berkata, Suhakam telah memberi maklum balas yang positif kepada pengikut Syiah pada 15 Februari 2011 iaitu sehari selepas pertemuan mereka.

"Suhakam telah membuat kenyataan akan membela Syiah dan perkara itu disiarkan di laman-laman web Syiah dan menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus mengembangkan fahaman itu di negara ini," jelasnya.

Katanya, selepas pengiktirafan yang diberikan itu, Syiah dilihat semakin berani mencabar pihak berkuasa dan berasa kebal daripada sebarang tindakan penguatkuasaan.

Perkara itu ditambah dengan kehadiran wakil Suhakam yang memantau majlis yang diadakan pengikut Syiah sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan.

"Perkara ini boleh dilihat pada 15 Mei 2012 apabila wakil Suhakam dilihat muncul pada majlis jamuan bersempena Sambutan Kelahiran (Wiladah) Sayyidah Fatimah Az-Zahra di padang markas Syiah di Hauzah Ar-Ridha di Gombak Selangor.

"Dalam majlis itu mereka dilihat meraikan satu pasangan pengantin kurang upaya untuk menyembunyikan tujuan sebenar jamuan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment