My Add

Thursday 1 August 2013

Hantar butiran caruman KWSP secara online

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Semua majikan yang baharu didaftarkan perlu menghantar butiran caruman bulanan pekerja mereka (Borang A) secara dalam talian menerusi e-Caruman bermula esok.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Ibrahim Taib berkata, e-Caruman merupakan kemudahan dalam talian yang boleh didapati melalui i-Akaun di laman web www.kwsp.gov.my (MyEPF), menawarkan kemudahan kepada majikan untuk menghantar Borang A secara elektronik dengan cepat dan selamat.

"Majikan baharu akan didaftarkan dengan i-Akaun dan merupakan sasaran utama KWSP sebagai perintis kepada e-Caruman.

"KWSP memberikan tempoh tiga bulan kepada majikan yang baharu berdaftar untuk membiasakan diri dengan kemudahan ini. Jika majikan telah bersedia, mereka digalak untuk segera menggunakan kemudahan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Ibrahim lagi, Borang A manual tidak akan diberikan lagi kepada majikan baharu tiga bulan selepas tarikh mereka mendaftar.

"Untuk manfaat majikan, penghantaran secara dalam talian butiran caruman KWSP pekerja melalui e-Caruman akan mengurangkan jumlah kesalahan yang boleh berlaku jika menggunakan borang manual, sekali gus menjimatkan masa majikan serta meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan kos mereka.

"Majikan sedia ada yang masih menghantar Borang A secara manual juga digalakkan untuk beralih kepada kemudahan selamat ini, malah melalui e-Caruman akan membolehkan caruman dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli dengan lebih cepat," katanya.

Pihak majikan boleh melayari laman web myEPF, berkunjung ke cawangan KWSP terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment