My Add

Thursday 1 August 2013

Jakim kemuka aduan

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengemukakan aduan kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) bagi mendapatkan maklum balas berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas individu yang menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim juga bersedia membantu pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang menamakan dirinya sebagai Chetz itu, termasuk menghantar satu laporan khusus kepada suruhanjaya itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan bersama pihak SKMM yang diadakan pada pagi ini.

“Jakim kesal dengan penerbitan video menghina Islam yang sekali lagi menyentuh sensitiviti umat Islam dalam bulan mulia ini.

“Penerbitan video tersebut memang tidak dapat dimaafkan, apatah lagi kami difahamkan telah dirakam dan diterbitkan sejak 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment