My Add

Tuesday 27 August 2013

Jawatankuasa Dasar Fiskal akan bincang kedudukan ekonomi

Oleh NUR HANANI AZMAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Jawatankuasa Dasar Fiskal akan mengadakan satu mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan kedudukan ekonomi semasa negara yang dilihat berada pada tahap mencabar.

Mesyuarat itu bakal membentangkan pelbagai inisiatif dan pilihan yang ada bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kelembapan ekonomi dunia telah menjejaskan permintaan eksport negara yang merupakan tunjang kepada pertumbuhan ekonomi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment