My Add

Wednesday 28 August 2013

KDN umum 49 pertubuhan haram, kongsi gelap esok

PUTRAJAYA, RABU, 28 Ogos, 2013: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan maklumat 49 pertubuhan haram termasuk kongsi-kongsi gelap yang telah diwartakan selewat-lewatnya pada esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai pertubuhan haram itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Katanya, maklumat yang diumumkan itu akan meliputi nama pertubuhan dan lokasi utama kegiatan pertubuhan haram berkenaan.

"Saya telah menandatangani (dokumen berkenaan) pewartaan pertubuhan haram ini, kesemuanya ada 49 buah organisasi.

"Setelah diwartakan, nama dan lambang pertubuhan itu akan diharamkan. Mereka juga tidak dibenar menggunakan premis atau bergerak atas nama dan simbol berkenaan.

"Jika bersalah, mereka boleh dikenakan denda maksimum termasuk penjara lima tahun dan denda RM15,000," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebarang perubahan pada nama dan logo pertubuhan haram berkenaan akan dipantau oleh polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS). - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment